Alhamdulillah...
Berita Baik bagi guru-guru Pendidikan Kesihatan dan Jasmani Tingkatan 3
Mulai tahun 2014 kami akan mula mengedarkan buku Modul Latihan & Pentaksir Berasakan Sekolah (PBS) untuk Tingkatan 3. Penerbitan buku-buku ini sangat membantu guru-guru memberi latihan kepada para pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Mengapa harus memilih buku dari penerbitan kami berbanding penerbitan lain:
- Kandungan modul yang lengkap mencakupi semua bab dan subtopik berdasarkan sukatan pelajaran KBSM.
- Persembahan berwarna yang interaktif dengan ilustrasi, peta minda, gambar foto dan sebagainya.
- Mengandungi borang skor individu untuk Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK).
- Sebahagian latihan yang disediakan boleh dijadikan eviden (Band 1, 2 dan 3) bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
- Penggunaan modul ini mampu menyelesaikan pelbagai halangan dalam proses P&P subjek PJPK di sekolah seperti:
- Kekurangan guru opsyen.
- Kekurangan BBM.
- Kandungan silibus yang banyak berbanding masa P&P yang diperuntukan.
- Kekerapan guru opsyen untuk bertugas di luar sekolah terutamanya di semester pertama sesi persekolahan.
- Budaya negatif pelajar yang sering tidak membawa buku teks dan buku nota PJPK.
MODUL LATIHAN P&P PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 3


No comments:
Post a Comment